Antarabangsa

Zionis Bawa 10,000 Buruh India Ganti Buruh Kasar Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 30 Mei 2023 – Rejim haram aparteid Israel bakal menerima masuk 10,000 buruh India bagi menggantikan buruh kasar Palestin.

Walaupun perjanjian buruh masih diusahakan antara pegawai Israel dan India, sejumlah 10,000 pekerja dari India akan dibawa masuk secara berperingkat dan bekerja dalam industri pembinaan dan kejururawatan zionis Israel sebagai tanda memperkukuh kerjasama ekonomi dan politik antara dua negara berkenaan.

Jurucakap Kementerian Penduduk dan Imigresen rejim haram berkata, “Kami menjangkakan perjanjian itu akan diluluskan tidak lama lagi, dan tidak lama lagi kami akan dapat menyediakan mekanisme yang diperlukan untuk menggaji buruh mahir.”

BACA JUGA: Kalimah Allah: Keharmonian Lebih Penting Daripada Tegakkan Hak – Mat Sabu

BACA JUGA: Pahang Minta JAIP, JAKOA Bantu Selesai Isu Hak Jagaan Anak Orang Asli

BACA JUGA: Ribut Kencang Langgar Kota Bharu

Rundingan itu dibuat selepas Menteri Luar rejim, Eli Cohen melawat India awal Mei lalu di mana dia menandatangani perjanjian dengan Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar untuk membawa masuk kira-kira 42,000 pekerja asing India ke Israel dengan peruntukan 34,000 pekerja untuk sektor pembinaan dan 8,000 untuk sektor penjagaan warga emas.

Dalam pada itu, sebelum rundingan diadakan, pegawai rejim juga dikatakan telah melawat pusat latihan tempat kerja di India dan mereka menyifatkan pekerja India sebagai rajin, berpengalaman dan fasih berbahasa Inggeris.

Mengulas lanjut, pegawai India kini melaksanakan dasar Israel sebagai model untuk mengawal Kashmir, di mana New Delhi didakwa melakukan pengusiran besar-besaran terhadap umat Islam di sana.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: