Kemelesetan Ekonomi Adalah Sesuatu Yang Baik – Elon Musk
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
TEXAS, 01 Jun 2022 – Manusia terkaya di dunia, Elon Musk membuat hantaran di laman Twitter beliau memuji masalah kemelesetan ekonomi yang sedang dihadapi oleh Amerika Syarikat sebagai “sesuatu yang baik” kerana “sudah lama orang-orang bodoh menerima hujan duit”.
“Beberapa kebankrapan perlu untuk berlaku.”
Beliau menyalahkan arahan untuk bekerja dari rumah semasa wabak Covid-19 telah “memperdayakan” orang ramai yang menyangka mereka boleh menjana pendapatan tanpa perlu “bekerja keras”, dan sekarang mereka sedang disedarkan dengan tamparan yang hebat.
Beliau berharap agar syarikat-syarikat yang selama ini mempunyai aliran kewangan negatif “mati, supaya mereka tidak lagi menggunakan sumber-sumber” yang ada.
Amerika Syarikat sedang dilanda masalah kemelesetan ekonomi sejak wabak Covid-19 memaksa kerajaan menyekat aktiviti ekonomi di hampir semua sektor ekonomi sebelum mencetak wang baru berjumlah trilion dolar sebagai usaha menutup lompang-lompang fiskal yang dihasilkan oleh langkah itu.
Program-program bantuan kewangan besar-besaran kepada jutaan penganggur dan syarikat-syarikat yang bermasalah juga telah memberi impak besar terhadap ekonomi Amerika Syarikat.