Tempatan

Hubungan Malaysia-Turki Semakin Akrab

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Januari 2023 – Konsul Jeneral Malaysia, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir telah menyatakan bahawa hubungan dua hala di antara Malaysia dan Turki kian akrab dan ianya telah mencapai kemuncak sewaktu KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan lawatan kerja ke Turki pada Ogos lalu.

Tengku Mohd Dzaraif membuat kenyataan demikian ketika ditemu bual oleh media TRT World pada hari semalam. Menurutnya juga, kunjungan KDYMM Yang di-Pertuan Agong ke Turki itu telah membawa hubungan di antara dua negara Islam ini ke suatu tahap yang baharu.

Malaysia telah membuat kerjasama strategik dengan Turki pada tahun 2014 kini, dengan kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke negara tersebut, kerjasama strategik di antara kedua negara telah dinaik taraf kepada ‘Kerjasama Strategik yang Menyeluruh’.

Menurutnya lagi, dalam usaha memperkuatkan hubungan perniagaan di antara Malaysia dan Turki, kedua-dua negara telah menandatangani ‘Joint Declaration on The Expansion of the Free Trade Agreement’ pada 29 September lalu dalam usaha untuk memperluaskan lagi ruang perniagaan bersama di sektor-sektor seperti perkhidmatan, pelaburan serta ‘e-commerce’.

Beliau juga turut menyatakan bahawa jumlah perniagaan di antara Turki dan Malaysia pasca pandemik telah mengalami peningkatan yang signifikan.

Tengku Mohd Dzaraif turut memaklumkan bahawa Malaysia telah mengambil langkah yang signifikan dalam meningkatkan jumlah pelajar Malaysia di Turki. Jumlah ini dijangka akan bertambah berikutan Agensi Kelayakan Malaysia telah mengiktiraf semua program yang ditawarkan oleh 208 institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh Sidang Pengajian Tinggi Turki.

Dalam sesi temu bual yang sama beliau turut memaklumkan bahawa pihak mereka kini merancang untuk menganjurkan Minggu Kebudayaan Malaysia di Istanbul pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: