Antarabangsa

Larangan Eksport Beras Akan Cetuskan Inflasi Makanan – AIREA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 10 September 2022 – Tindakan India yang melarang pengeksportan beras serta mengenakan duti 20 peratus ke atas eksport pelbagai gred beras dikhuatiri akan mencetuskan inflasi.

Menurut Presiden Persatuan Pengeksport Beras Seluruh India (AIREA), BV Krishna Rao, pengurangan dalam pengeksportan beras itu akan menaikkan lagi harga beras di mana ia telah pun meningkat ketika ini berikutan kemarau, gelombang haba dan percerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Malah, duti yang dikenakan itu turut mendorong pembeli untuk beralih kepada pesaing seperti Thailand dan Vietnam yang sedang berusaha untuk meningkatkan eksport serta menaikkan harga beras.

Bukan itu sahaja, kata beliau, duti itu juga akan menjejaskan beras putih dan perang yang menyumbang lebih daripada 60 peratus kepada eksport India.

“Dengan duti ini, pengekportan beras India tidak akan mendapat saingan dalam pasaran dunia. Pembeli akan beralih kepada Thailand dan Vietnam,” ujarnya.

Pengarah Eksekutif di Satyam Balajee iaitu pengeksport beras terbesar India pula berkata, duti itu akan membuatkan eksport India jatuh sekurang-kurangnya 25 peratus.

India merupakan sebuah negara yang menyumbang lebih 40 peratus kepada pengeksportan beras global dan bersaing dengan Thailand, Vietnam, Pakistan dan Myanmar dalam pasaran dunia.

Negara itu juga merupakan pembekal beras termurah dengan margin yang besar dan telah membantu negara-negara Afrika seperti Nigeria, Benin dan Cameroon daripada kenaikan harga gandum dan jagung, menurut seorang pemilik firma perdagangan global di Mumbai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: