Tempatan

Badan Pemikir Tempelak Kenyataan Menteri Ekonomi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 27 Disember 2022 – “Sekiranya Kerajaan ingin serius dalam menangani inflasi, ia harus terlebih dahulu mengenali puncanya dengan betul dan melaksanakan dasar komunikasi yang mencukupi.”

“Jika Kerajaan mahu rakyat bertanggungjawab dengan kewangan mereka sendiri maka contoh ataupun isyarat harus diberikan dengan bertanggungjawab ke atas wang rakyat yang dikutip melalui cukai,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Carmelo Ferlito yang menempelak Kenyataan Menteri Ekonomi baru-baru ini.

Menurutnya, mereka faham tujuan kenyataan tersebut dikeluarkan tetapi mereka juga percaya bahawa Kementerian mampu menghantar mesej yang tegas tanpa menjejaskan ketepatan alasan ekonomi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu sidang media minggu lalu mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila, beliau berkata tabiat berbelanja pengguna adalah pemacu utama inflasi dan mengikut teori ekonomi, permintaan akan berkurang apabila harga mula meningkat, tetapi trend itu diperhatikan tidak berlaku di Malaysia.

Katanya, perkara ini benar terutamanya dalam kategori makanan dan minuman beralkohol, di mana permintaan sama sekali tidak berkurangan walaupun harga meningkat.

Sehinggakan beliau mendakwa, jika harga ayam semakin mahal maka kita perlulah mengurangkan pengambilan makanan berunsurkan ayam. Jika tidak, harga barang naik macam mana pun, ia tidak mempengaruhi permintaan dan sampai bila-bila pun kita perlu bercakap tentang isu sama.

Oleh itu, Carmelo Ferlito berpendapat, dalam menanangani isu inflasi ini, Kerajaan perlu memotong jumlah perbelanjaan secara beransur selain melakukan pembaharuan dalam mengembalikan keutamaan belanjawan yang seimbang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: