Tempatan

Namakan Negara Yang Berjaya Turunkan Inflasi Dengan Potong Gaji Menteri – Annuar Musa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2022 – “Bolehkah anda namakan satu negara yang berjaya turunkan inflasi dengan (menteri) potong gaji?” soal Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa dalam sidang media baru-baru ini.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjawab soalan dari pemberita yang menyoal jika beliau melihat cadangan agar gaji menteri dipotong adalah sesuatu yang bagus bagi mendepani inflasi di Malaysia.

Soal Annuar lagi, “Bolehkah anda beri jaminan kepada saya yang inflasi akan selesai (dengan cara ini)? Harga barang tak (akan) naik?”

Susulan persoalan ini, Annuar mencabar pihak yang mencadangkan agar gaji anggota kabinet dipotong, agar menamakan negara yang berjaya menurunkan kadar inflasi setelah melaksanakan langkah itu.

Terdahulu, senada dengan Annuar Musa, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid juga menegaskan pemotongan gaji dan elaun menteri bukan penyelesaian yang dapat membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Oleh itu, beliau menyeru kepada mana-mana pihak yang mempunyai idea yang dapat membantu rakyat berkaitan kos sara hidup untuk mengemukakannya kepada Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: