Tempatan

Pengecualian Lesen Penjaja & Cukai Pintu Kekal Tahun Hadapan Di Selangor

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 17 September 2022 – Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk terus mengekalkan pengecualian fi lesen penjaja serta cukai taksiran bagi rumah kampung dan kos rendah pada tahun 2023.

Pengecualian yang merupakan tahun kelapan dilaksanakan sejak tahun 2016 itu diputuskan setelah mengambil kira situasi negara yang kini memasuki fasa pemulihan pasca pandemik COVID-19.

“Rakyat Malaysia rata-rata masih menghadapi cabaran seperti kadar inflasi yang tinggi, kejatuhan nilai ringgit serta kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) secara berterusan yang telah memberi kesan kepada pinjaman perumahan dan kenderaan.”

Menurut kenyataan, mengekalkan pengecualian tersebut adalah antara usaha Kerajaan Negeri untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya warga Negeri Selangor.

“Walaupun pelaksanaan pengecualian cukai taksiran dan fi lesen penjaja ini dijangka mengakibatkan kehilangan hasil Kerajaan Negeri sebanyak RM68.74 juta bagi tahun 2023, namun Kerajaan Negeri Selangor tetap bertekad untuk bersama rakyat dalam menghadapi cabaran kos hidup yang tinggi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: