Tempatan

Muafakat Nasional Sedia Bekerjasama Dengan Kerajaan Sebagai NGO Demi Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Muafakat Nasional (MN) sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu tidak menjadi masalah selagi mana ia sesuai dengan peranan MN iaitu kasih sayang, perpaduan dan saling menghormati.

“Kita bukan hendak berebut kuasa, yang hendak berebut kuasa itu biar parti politik lah, kawan-kawan kita,” katanya.

Katanya, Anwar Ibrahim merupakan kawan baiknya sejak dahulu lagi iaitu semasa berada bersama UMNO.

“Saya bersama beliau dalam Pemuda UMNO. Apabila beliau dipecat daripada UMNO, saya antara pemimpin yang tidak pernah menyerang dia dengan cara tidak sopan atau agresif.”

“Kami juga berjiran ketika di Bukit Damansara dahulu, hubungan kami akrab, sebelum dia dipecat kalau dia masih ingat saya orang terakhir makan nasi di rumah Timbalan Perdana Menteri kemudian iring ke Kelantan sebelum beliau dipecat.”

Jelasnya, secara peribadi hubungannya bersama Anwar sentiasa baik biarpun berbeza fahaman politik.

“Prinsip saya, saya tak mahu gaduh peribadi dengan sesiapa bukan dengan Datuk Seri Anwar begitu juga dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Muafakat Nasional (MN) pada Khamis.

Dalam pada itu, Annuar Musa juga menjelaskan bahawa MN tidak akan bergabung bersama parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 Tun Dr. Mahathir.

“Kita tak akan masuk jadi gabungan parti politik, itu pendirian kita.”

Difahamkan MN kini mempunyai 20,000 ahli berbilang bangsa dan agama sejak keahliannya dibuka bulan lalu.

Dalam sidang akhbarnya itu, beliau turut menamakan 30 Ahli Majlis Tertinggi MN terdiri daripada individu berlatar belakangkan profesional, parti politik, NGO, pendidik dan selebriti.

“Ahli Majlis Tertinggi MN termasuklah bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar; Pemimpin Parti Bangsa Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin; Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz manakala selebriti Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Eizlan Yusof,” jelas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: