Tempatan

Krisis Telur Ayam: Pertubuhan India Muslim Gesa Laksana Kawalan Harga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 16 Disember 2022 – Ekoran krisis kekurangan telur ayam yang dihadapi negara ketika ini, Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia (iMcom) menggesa Kerajaan melaksanakan kawalan harga ke atas barangan tersebut.

Presiden iMcom, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata sedemikian selepas mendapati terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga telur ayam sejak kebelakangan ini.

“Ada peniaga yang menjual 10 biji telur dengan harga RM8, ramai pengguna sangat terkesan dengan harga telur yang tidak menentu dan tinggi pada masa ini.”

Bukan itu sahaja, peniaga yang banyak menggunakan telur juga terkesan dengan kenaikan tersebut kerana dahulunya mereka boleh memperoleh telur pada harga murah namun ia kini dijual lebih mahal.

Sementara itu, seorang peniaga kek dan pastri, Siti Hajar Arshad memaklumkan, harga telur meningkat sekitar RM14 hingga RM17. Menurutnya, “Dulu kita boleh dapat telur gred B pada harga RM14, namun sekarang dijual pada harga RM17 sepapan.”

Tambahnya, agensi penguatkuasaan perlu memantau penjual telur kerana ada yang mengelirukan pengguna dengan label gred telur yang dijual.

“Sejak akhir-akhir ini saiz telur semakin kecil, saya selalu guna gred B tetapi telur yang saya peroleh lebih kecil saiznya. Bila saya timbang semula, telur gred B yang dibeli hanya seberat 50 hingga 55 gram saja, kalau gred B beratnya mesti sekitar 60 hingga 65 gram, jadi terdapat unsur penipuan gred oleh peniaga,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Mohamed Rizwan turut menggesa Kerajaan segera menghentikan eksport telur ayam ke negara luar sehingga bekalan telur untuk rakyat kembali stabil.

“Kenapa Kerajaan masih membenarkan eksport telur ayam sedangkan bekalan untuk rakyat tidak stabil.”

Beliau berpandangan, langkah terbaik adalah untuk menghentikan eksport buat sementara waktu sehingga harga dan bekalan telur kembali pulih seimbang dengan keperluan rakyat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: