Tempatan

Semua Lantikan Politik Akan Digugurkan Serta-merta – Sumber

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 – Kontrak semua pengerusi dan ahli lembaga yang dibuat melalui pelantikan politik dalam firma dan badan berkaitan Kerajaan akan ditamatkan berkuat kuasa serta-merta, demikian menurut satu laporan portal tempatan.

Menurut portal tersebut, seorang menteri mengesahkan keputusan Jemaah Menteri itu dengan membalas, “Benar” sebagai mengulas laporan yang memetik surat Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali yang juga menyatakan bahawa Kabinet membuat keputusan tersebut semasa mesyuarat, semalam.

Justeru, semua kakitangan yang akan ditamatkan adalah termasuk lantikan politik dengan badan berkanun Persekutuan, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), syarikat Kementerian Kewangan (Diperbadankan), syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) dan institusi utama.

Daripada 133 badan berkanun Persekutuan, 72 (54 peratus) badan telah terjejas secara langsung oleh pelantikan tersebut, selain kementerian yang mempunyai volum pelantikan politik tertinggi ialah dalam pendidikan tinggi (10), pembangunan luar bandar, pengangkutan, pertanian dan industri makanan (masing-masing lapan), serta industri perladangan dan komoditi (tujuh).

Menurut satu sumber pula, keputusan penamatan jawatan lantikan politik dibuat selepas perbincangan panjang lebar dan ada menteri yang mengakui ada sebahagian lantikan berkenaan yang cekap dalam melaksanakan tugas, lalu isu yang hendak diambil perhatian ialah bagaimana menentukan mereka yang cekap dan yang tidak berfungsi.

“Akhirnya keputusan dibuat secara menyeluruh iaitu ditamatkan semua khidmat lantikan politik,” ujar sumber tersebut lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: