Tempatan

Berita Palsu Punca Kekurangan Bekalan Minyak Masak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 03 Julai 2022 – Penyebaran berita palsu berkaitan subsidi minyak masak satu kilogram akan dihentikan menyebabkan orang ramai membeli minyak masak dengan jumlah yang banyak sehingga bekalan minyak masak di pasaran terjejas terutamanya jenis peket.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata, kementerian memberi jaminan untuk memastikan bekalan mencukupi.

“Soal bekalan tak cukup itu, kita ada kaedah tertentu untuk kita perbaiki dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pertama Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini pada Khamis.

Jelasnya, pihak kementerian kini sedang menjalankan penelitian secara terperinci tentang hal tersebut.

Tambahnya, jumlah minyak masak paket sebanyak 60,000 tan metrik yang disubsidikan Kerajaan pada setiap bulan dijangka mencukupi untuk pasaran.

“Sepatutnya lebih daripada mencukupi kecuali kalau ada perkara tertentu berlaku yang perlu kita uruskan dengan lebih baik.”

Sebelum ini, Kerajaan mengumumkan pemansuhan pemberian subsidi minyak masak tulen berbotol dari dua ke lima kilogram bermula 1 Julai.

Subsidi Minyak Masak Botol Dihapuskan

Namun, subsidi minyak masak paket dikekalkan bagi meringankan beban dialami rakyat terutama golongan B40 susulan peningkatan harga barangan ketika ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: