Tempatan

Ringgit Melemah, Malaysia Kena Tempias Kenaikan Kos Sara Hidup 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 14 Disember 2022 – Malaysia dijangka bakal menerima tempias kenaikan kos sara hidup pada 2023 ini susulan daripada nilai ringgit yang melemah, lapor sebuah portal berita tempatan.

Bukan itu sahaja, menurut penganalisis ekonomi daripada Sekolah Siswazah Perniagaan Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, pembelian barangan dari negara yang mengalami kemelesetan turut menyumbang kepada tempias kenaikan kos sara hidup tersebut.

Susulan itu, beliau menyarankan pihak Kerajaan untuk memberi fokus kepada sekuriti makanan negara dan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan di mana secara tidak langsung ia dapat mengurangkan perbelanjaan negara dari pembelian barangan daripada negara luar.

Beliau turut mengingatkan rakyat untuk mempunyai tabung kecemasan dan berbelanja secara berhemah bagi menghadapi sebarang kemungkinan berhubung ketidaktentuan ekonomi pada tahun depan yang dianggap satu cabaran besar buat Malaysia serta negara lain.

“Kita tidak tahu keadaan sebenar ekonomi negara pada tahun depan, adakah memberikan kesan kepada syarikat atau tidak? Oleh itu elakkan melancong ke luar negara dan makan di kedai, kerana tindakan ini menyebabkan perbelanjaan dan kadar inflasi meningkat yang berpunca daripada kekerapan rakyat berbelanja di luar,” ujarnya.

Pada September lalu, Tengku Zafrul Aziz yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan telah mengingatkan bahawa tahun 2023 merupakan satu tahun yang mencabar di mana ekonomi Malaysia akan turut terkesan susulan daripada apa yang berlaku di Amerika Syarikat, China dan Eropah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: