Tempatan

GHRF Gesa Kerajaan Tubuh Badan Pantau Aktiviti Masuk Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2022 – The Global Human Rights Foundation (GHRF) menggesa agar Kerajaan pada hari ini menubuhkan sebuah badan bebas bagi memantau aktiviti pemelukan Islam.

Presidennya S Shashi Kumar memaklumkan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mesti mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan penukaran agama secara unilateral kepada kanak-kanak di bawah umur di mana, perkara itu dikatakan tidak betul dari segi moral dan agama.

“GHRF berharap Kerajaan Perpaduan akan memerangi isu berkaitan perkauman, fanatik, ekstremisme, diskriminasi, penguatkuasaan undang-undang ‘double standard’, dasar ketuanan dan penganiayaan agama,” katanya.

Beliau pada masa sama turut menggesa Kerajaan supaya membentangkan Rang Undang-Undang Kebencian Kaum dan Agama di Parlimen supaya membolehkan mereka yang membuat sebarang kenyataan bersifat kebencian didakwa.

Sebelum ini, tular kes Loh Siew Hong yang mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk meneruskan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan penukaran agama Islam tiga orang anaknya.

Penukaran tersebut telah dibuat oleh bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran Muniandy yang juga merupakan seorang mualaf pada 7 Julai 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: