2023 Tahun Yang Mencabar, Malaysia Bakal Hadapi Krisis Ekonomi
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 22 September 2022 – Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengingatkan bahawa tahun 2023 merupakan tahun yang mencabar dan Malaysia akan turut terkesan dalam ekonomi susulan daripada apa yang berlaku di Amerika Syarikat, China dan Eropah.
“Tahun depan memang mencabar. Apa yang berlaku di AS, China dan Eropah akan memberi kesan kepada ekonomi global, termasuk Malaysia,” katanya.
Kata beliau, biarpun kesan daripada krisis kewangan pada tahun 2008 telah berkurang berikutan pertumbuhan ekonomi China sebanyak 8 peratus, namun, keseluruhan ekonomi dijangka akan bergerak perlahan pada tahun depan.
“Eropah, AS, China semuanya dijangka perlahan pada 2023 berbanding 2022, tetapi ini, sekali lagi, hanya ramalan. Baru bulan September,” jelas beliau.
Justeru, beliau menyarankan agar Bajet 2023 memasukkan langkah-langkah bagi mengurangkan keperlahanan ekonomi global yang akan datang.