Tempatan

Parti-Parti Kerajaan Perpaduan Bersetuju Memelihara Islam Sebagai Agama Persekutuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2022 – Berdasarkan Perjanjian Persefahaman Kerjasama semalam, parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mengisytiharkan komitmen mereka untuk memelihara Islam sebagai agama Persekutuan.

Bagaimanapun, Kerajaan Perpaduan akan tetap memastikan hak masyarakat bukan Islam untuk mengamalkan agama atau kepercayaan mereka terus terjamin seperti yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Kerajaan Perpaduan turut menggalakkan peranan agama serta nilai-nilai sejagat untuk menegakkan kebenaran, keadilan, ketinggian akhlak dan martabat manusia dengan memupuk semangat toleransi dan saling menghormati sesama insan.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh setiap setiausaha agung parti dalam gabungan iaitu Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Setiausaha Agung Parti Warisan, Datuk Loretto S Padua di pejabat Perdana Menteri, semalam.

Dalam perjanjian itu turut menyebut bahawa Kerajaan Perpaduan akan mewujudkan masyarakat yang adil dan negara demokratik yang progresif, inklusif serta bersatu padu berlandaskan acuan Malaysia dan berteraskan prinsip Rukun Negara.

Perjanjian yang sama juga menghendaki semua parti yang terlibat dalam membentuk kerajaan gabungan untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul percaya mahupun perbekalan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: