Tempatan

Indira Gandhi Yakin Pentadbiran Baharu Anwar Ibrahim Bantu Temukan Anak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 14 Disember 2022 – Pentadbiran Kerajaan yang baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah memberikan harapan baharu buat M. Indira Gandhi, seorang ibu Hindu untuk bertemu kembali dengan anak bongsunya, Prasana Diksa.

Prasana Diksa, anak Indira bersama mantan suaminya itu telah dijaga oleh mantan suaminya sejak 13 tahun lalu.

Indira mengatakan bahawa beliau optimis bahawa Perdana Menteri baharu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta pentadbirannya akan dapat membantu menguatkuasakan arahan mahkamah agar pihak polis dapat menjejaki keberadaan anaknya itu serta mengembalikannya semula ke pangkuan beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau menaruh harapan yang tinggi terhadap Kerajaan Perpaduan ini dan turut berharap bahawa tiada sebarang unsur “favouritism” diamalkan.

Beliau juga turut mengatakan bahawa ini bukanlah perkara yang berunsurkan keagamaan, namun ianya adalah hubungan di antara seorang ibu dan anak perempuannya.

Beliau turut menzahirkan perasaan bimbang akan kemungkinan bahawa anaknya itu mungkin tidak lagi mengenali beliau dan dua lagi anaknya.

Tindakan undang-undang bagi mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya, wanita tersebut telah membawa hal ini sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, di mana beliau telah berjaya membatalkan penukaran agama bagi anaknya dan juga telah berjaya menjadikan perbuatan menukar agama anak secara unilateral sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: