Tempatan

Perjanjian 18 Perkara Kerajaan Perpaduan Jamin Masyarakat Inklusif, Bebas Berfikir & Bersuara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk membentuk Kerajaan Gabungan antara beberapa parti politik yang dikenali sebagai ‘Kerajaan Perpaduan Malaysia’ menyatakan 18 matlamat, antaranya menjamin masyarakat inklusif, bebas berfikir dan bersuara.

Perkara 2 (b) i), menyebut Kerajaan Perpaduan akan..

Mewujudkan masyarakat adil dan negara demokratik yang progresif, inklusif serta bersatupadu berlandaskan acuan Malaysia dan berteraskan prinsip Rukun Negara;

Dan Perkara 2(b) vii), yang menyebut, Kerajaan Perpaduan..

Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan acuan Malaysia,..

Perkara ini termuat di dalam dokumen perjanjian 18 perkara yang mengikat komitmen parti-parti politik yang bergabung di dalam Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian ini ditandatangani oleh setiap setiausaha agung parti dalam gabungan iaitu Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Setiausaha Agung Parti Warisan, Datuk Loretto S Padua, hari ini, 16 Disember 2022 di pejabat Perdana Menteri.

Gabungan tersebut melibatkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan dengan bersama-sama parti-parti lain seperti Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan calon-calon bebas.

Menurut perjanjian 18 perkara itu lagi, semua pendekatan tersebut akan dilaksanakan di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan mengikut acuan Malaysia dan prinsip-prinsip rukunegara.

Perjanjian yang sama, mengikat semua parti terlibat untuk menyokong Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim jika berlaku proses undi percaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: