Tempatan

Jangan Kerana Harga Minyak Turun Kita Sorok Barang – Annuar Musa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERDANG, 08 Ogos 2022 – Tan Sri Annuar Musa menasihati pihak yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan minyak masak agar tidak menyorok bekalan ekoran penetapan harga maksimum RM34.70 bagi setiap botol minyak sepertimana yang telah diarahkan oleh pihak Kerajaan.

Menurut Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu, tindakan itu bakal memberi masalah kepada para pengguna selain merugikan para peniaga.

“Jangan kerana harga minyak akan turun kita mula sorok barang. Ia tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya yang juga menjawat jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.

Tan Sri Annuar Musa juga meluahkan kepuasan hatinya kerana beliau mendapati terdapat pasar raya yang sudah pun mula menurunkan harga minyak masak bagi botol meskipun arahan penetapan harga siling minyak masih belum berkuat kuasa lagi pada hari itu.

“Setakat ini, saya berpuas hati kerana selepas pengumuman harga maksimum untuk minyak masak, belum sampai 8 Ogos ramai sudah turunkan harga lebih rendah daripada RM34.70.”

“Semalam saya di Melaka, ayam dijual pada harga RM7.99 sekilogram biarpun harga siling RM9.40. Maknanya kita boleh buat tapi perlukan kerjasama semua pihak,” kata beliau.

Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa pernah menjanjikan tindakan tegas dan berterusan diambil terhadap pihak yang menyebabkan ketirisan bekalan minyak masak.

“Kita mempunyai bukti berlaku ketirisan yang berleluasa sebelum ini lagi, termasuk menggunakan minyak subsidi untuk dieksport dan dijual ke luar negara, minyak kegunaan domestik diguna sek

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: