Tempatan

Harga Minyak Sawit Mentah Dijangka Capai RM9,300 Setan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA NERANG, 15 Mac 2022 – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin memaklumkan bahawa harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka akan terus meningkat sehingga mencapai RM9,300 setan.

“Kalau ikut Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah, memang akan cecah sampai RM9,300 satu tan.”

Ini selepas mengambil kira perkembangan dagangan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia, ujar beliau.

Selain itu, Datuk Zuraida menjelaskan bahawa jangkaan peningkatan sehingga RM9,300 satu tan itu dijangka dapat dilihat pada suku ketiga dan boleh berlanjutan sehingga hujung tahun ini.

Kenaikan harga minyak masak mentah ini sememangnya memberikan keuntungan kepada peladang dan kerajaan, tetapi mungkin memberi kesan kepada pengguna namun, menurut Datuk Zuraida perkara tersebut bukanlah satu isu kerana kerajaan tetap memberi subsidi sebanyak 20 peratus.

“Kita tetap beri subsidi iaitu sebanyak 20 peratus daripada minyak sawit mentah kita, jadi tidak menjadi isu (walaupun harga minyak sawit mentah melonjak).”

Walau bagaimanapun, perkara ini tetap menimbulkan kerisauan orang ramai terutamanya pengguna di laman sosial Twitter yang menjangkakan kenaikan harga bagi minyak masak.

Menurut @JatIkhwan, “Harga minyak sawit mentah diramal naik hingga RM 9300 setan, 1 Mac haritu RM 8000 setan. Wow. Bagus untuk pengusaha tapi tak bagus untuk pengguna, nanti minyak masak kita naik harga.”

Begitu juga dengan pemilik akaun @poetcasso yang membayangkan harga minyak masak akan turut naik.
“Masak lah nakkk 😂😂😭 minyak naik lah nampaknya nantii”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: