Tempatan

Diskaun Barangan Keluarga Malaysia Bermula Bulan Hadapan – Annuar Musa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2022 – Barangan keperluan akan dijual pada harga yang lebih rendah dalam Program Jualan Murah Keluarga Malaysia yang bermula bulan hadapan, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, program tersebut dijangka akan berlangsung hingga akhir tahun dan lebih tertumpu kepada penjualan produk utama seperti telur, ayam dan minyak masak.

Barangan tersebut akan dijual pada harga lebih rendah sebanyak 20 peratus berbanding harga pasaran dan Jualan Keluarga Malaysia yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, lapornya pada FMT jualan itu akan diadakan sebanyak empat kali sebulan dan melibatkan 2,400 premis terpilih.

Beliau mengatakan program jualan yang melibatkan lima kementerian itu turut akan diperluaskan ke 613 kawasan di seluruh negara.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu ditubuhkan pada Jun lalu berperanan dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan inflasi terutamanya kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Awal tahun ini, lapor Utusan, negara dilanda kenaikan harga barang sebanyak 50 peratus susulan daripada perang yang meletus antara Rusia dan Ukraine hingga menjejaskan kos sara hidup di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: