PRU-15

PRU-15: Wujud Konspirasi Kelirukan Agong Dalam Pemilihan PM – Annuar Musa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud konspirasi terancang dalam mengelirukan KDYMM Yang di-Pertuan Agong dalam pemilihan Perdana Menteri ke-10, lapor sebuah portal berita tempatan.

“Difahamkan ada pihak sekali lagi cuba ‘misled’ Yang di-Pertuan Agong dengan dokumen bukan sahaja bercanggah Perlembagaan malah bertentangan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini.”

“Perbuatan menjayakan ‘konspirasi terancang’ ini amat dan melanggar resolusi diputuskan pada Perhimpunan Agong UMNO sebelum ini serta keputusan Dewan Tertinggi BN,” kata beliau menerusi kenyataannya di Facebook, malam tadi.

Beliau berkata, kerumitan yang berlaku berhubung isu ini ketika ini adalah disebabkan ada pihak dalam BN yang membuat pakatan sulit atau konspirasi sejak sebelum PRU-15 tanpa menyedari perkara itu satu kesalahan besar serta tidak sah dan terbatal.

“Pertama, dasar parti ‘No Anwar, No DAP’ diputuskan dalam perhimpunan agung adalah ‘binding’ semua orang dan tidak boleh dirombak mana-mana individu. Sebarang tindakan bercanggah dengan dasar parti adalah ‘null and void’.”

“Kedua, pendirian anggota Parlimen dipilih, untuk menentukan siapa mereka sokong bagi memegang jawatan Perdana Menteri, mesti dibuat tanpa sebarang tekanan sesiapa. Ahli Parlimen berhak membuat keputusan mengikut dasar parti diputuskan secara sah.”

“Sebarang dokumen lain cuba dimanipulasi adalah terbatal dan tidak sah serta tidak berperlembagaan. Justeru kita yakin kebijaksanaan dan sikap adil serta berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai penguasa mutlak dalam melantik Perdana Menteri,” katanya.

Justeru, Annuar berkata kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bakal menamatkan polemik pemilihan Perdana Menteri dengan baik dan lancar.

Semalam, KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar 30 ahli Dewan Rakyat daripada BN untuk datang mengadap Baginda secara individu pada jam 10.30 pagi hari ini di Istana Negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: