Tempatan

Minyak Masak Polibeg Tidak Lagi Dieksport

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022 – Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa menegaskan sebarang pengeksportan minyak masak dalam bentuk polibeg dihentikan berkuat kuasa serta merta untuk mengelakkan kekeliruan dengan minyak masak bersubsidi yang turut dijual dalam bentuk polibeg.

“Apabila ada pengeksport yang mengeksport minyak masak dalam bentuk yang hampir serupa, ia menimbulkan masalah kepada penguatkuasa.”

“Maka, tidak akan dibenarkan lagi sebarang eksport minyak masak dalam bentuk polibeg mesti dieksport dalam bentuk lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen pada Isnin lalu.

Jelasnya, berdasarkan siasatan penguat kuasa sebelum ini, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, ada minyak masak yang dijual di negara jiran bukanlah minyak masak bersubsidi, tetapi daripada syarikat yang mendapat kebenaran untuk membungkusnya dalam bentuk polibeg.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berunding dengan pihak-pihak berkaitan, terutamanya yang mengeluarkan lesen eksport minyak masak dalam bentuk polibeg.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, KPDNHEP akan menetapkan harga tersebut berdasarkan pelarasan bagi mengekalkan margin keuntungan tertentu dan memastikan tidak berlaku pengambilan untung berlebihan.

Baru-baru ini, pemain industri negara diminta menurunkan harga minyak masak selari dengan penurunan harga minyak sawit mentah dunia

Namun, tinjauan mendapati penurunan harga minyak masak tersebut agak perlahan.

“Kita dapati sebelum ini sewaktu minyak sawit naik peniaga telah naikkan harga mereka, apabila minyak masak turun, kita dapati penurunan harga agak perlahan, boleh saya katakan agak ‘liat’ untuk segerakan proses penurunan harga.”

“Walaupun mereka memberikan alasan masih menjual stok lama, tetapi kita rasakan alasan ini tidak adil.”

Oleh itu, tegasnya, Kerajaan tidak akan membiarkan industri berjalan dalam situasi yang tidak dikawal selia dengan baik, terutama setelah dua minggu ruang diberikan untuk pihak terbabit menurunkan harga.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: