Tempatan

Oktoberfest Sarat Unsur Maksiat Bakal Tinggal Kesan Buruk Terhadap Negara – Dato’ Profesor Haji Mahamad Naser bin Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Ogos 2022 – “Kegiatan-kegiatan yang berunsurkan kemaksiatan atau yang berunsurkan kesalahan moral tidak wajar diraikan secara terbuka sebagai kemeriahan,” ujar Dato’ Profesor Haji Mahamad Naser bin Disa.

Beliau berkata demikian bagi mengkritik dan mendesak pihak berwajib agar menyekat aktiviti tidak bermoral di sebalik penganjuran Oktoberfest yang bakal membentuk naratif dan persepsi buruk terhadap negara yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, penganjuran festival seumpama ini adalah jelas sarat dengan elemen subversif tidak setia kepada Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang melafazkan komitmen Sumpah Rabbani dan Baiah Hifzuddin sebagai Ketua Tertinggi Negara.

Jelas beliau, pemimpin-pemimpin politik berkewajipan memimpin pengikut atau penyokong mereka untuk taat setia kepada Raja dan Negara berdasarkan prinsip Rukunegara.

Tegas Mahamad Naser, Malaysia sebuah Negara yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan dan sebagai warganegara Malaysia perlu memahami dan menghayati 5 prinsip Rukunegara ini.

Tambah Profesor Industri di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu lagi, jika perkara asas sebegini pun masih enggan dipatuhi, elok berundur dari politik.

Jelas beliau, menurut Seksyen 2A Akta Pertubuhan, mana-mana pertubuhan yang tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam boleh dibubarkan.

Justeru, prinsip hormat menghormati hanya terpakai untuk kegiatan bermoral dan mematuhi undang-undang.

“Apa-apa bentuk aktiviti yang mempromosi kegiatan berunsurkan immorality atau jenayah tidak wajar dibiarkan berleluasa.”

“Prinsip Hak Kebebasan Asasi Perlembagaan mengecualikan perkara-perkara sedemikian dari hak-hak yang boleh diamalkan,” tegasnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: