Tempatan

Platform @De Dagang Bantu Ringankan Beban Rakyat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 02 September 2022 – Kempen Jualan Murah Keluarga Malaysia @De Dagang akan bermula pada bulan ini hingga hujung tahun sebagai inisiatif mengurangkan beban perbelanjaan rakyat.

Menurut Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, platform itu menawarkan pelbagai insentif kepada rakyat antaranya potongan harga, baucar diskaun, rebat dan baucar penghantaran bagi menggalakkan pembelian secara dalam talian.

Beliau berkata, kempen tersebut seiring dengan tujuan pasukan itu untuk menurunkan kadar inflasi dan harga makanan.

Katanya, rakyat dapat berbelanja menerusi platform digital berkenaan dengan harga berpatutan bagi membeli keperluan asas, makanan serta keperluan rumah yang boleh didapati dengan potongan diskaun sehingga 20 peratus.

“Pada masa sama ia membantu usahawan dalam sektor sasaran seperti produk-produk halal, hasil pertanian dan produk buatan Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyenaraikan 17 platform digital tempatan yang menjadi medium untuk menebus insentif-insentif ditawarkan antaranya Bizapp, Kumoten, Lokein.com, Maybank, Rtist, SiteGiant, Wonderfly, InstanteStore, Jacom dan Kravve.

“@De Dagang akan membantu usahawan yang mempunyai produk barangan buatan dan jenama Malaysia yang berpotensi untuk dieksport serta produk pelancongan dan kraf untuk mengguna pakai dan memanfaatkan platform digital,” tambahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: