Antarabangsa

71 Juta Orang Jatuh Miskin Akibat Kenaikan Harga Makanan Dan Tenaga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 13 Julai 2022 – Isu kenaikan harga makanan dan tenaga seluruh dunia telah menyebabkan 71 juta orang terjerumus ke dalam kancah kemiskinan sejak Mac 2022, demikian laporan yang diterbitkan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) baru-baru ini.

UNDP memaklumkan bahawa kenaikan harga yang berlaku sebahagiannya berpunca dari perang di Ukraine. Lebih mengejutkan, peningkatan kadar kemiskinan dalam tempoh tiga bulan lalu didapati lebih pantas berbanding kejutan daripada pandemik COVID-19.

Menurut agensi berita Xinhua, inflasi yang melonjak tinggi dan kemungkinan peningkatan kadar faedah dijangka akan memburukkan lagi krisis ini, sekali gus mempercepatkan kemiskinan seluruh dunia.

Bagi menangani isu ini, UNDP mencadangkan pemindahan tunai bersasar kepada isi rumah adalah lebih adil dan efektif berbanding pemberian subsidi tenaga secara pukal. Namun, Kerajaan memerlukan sokongan daripada sistem multilateral untuk memenuhi perbelanjaan.

Analisis yang dibuat terhadap 159 negara mendapati bahawa fenomena ini berlaku pada tahap kritikal di rantau Balkan, Laut Caspia dan sub-sahara Afrika (terutamanya di Sahel).

“Kenaikan harga yang tidak pernah berlaku sebelum ini bermakna buat kebanyakan orang seluruh dunia, makanan yang mereka beli semalam tidak lagi boleh dicapai hari ini,” ujar ketua UNDP, Achim Steiner.

Beliau turut memberi amaran, “Krisis kos sara hidup telah menyebabkan berjuta-juta orang jatuh miskin dan juga kelaparan melampau, ini juga meningkatkan pergolakan sosial dari hari ke hari.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: