Tempatan

Daging Naik Harga Sempena Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 April 2022 – Umat Islam Malaysia kini menghadapi tekanan kenaikan harga daging segar ekoran kenaikan mendadak permintaan sempena bulan Ramadan dan juga akibat kenaikan kos harga makanan bagi ternakan.

“Sebenarnya sebelum ini pun dah naik, cuma mungkin orang tidak berapa perasan. Mungkin bila tiba bulan puasa ini, orang baru sedar sebab kenaikan itu turut disumbang oleh permintaan yang tinggi, kata Pengerusi Koperasi Generasi Transformasi Ruminan (GTR), Nordin Mat.

Menurut beliau, harga makanan bagi ternakan yang terdiri daripada kek kernel sawit (PKC), soya dan jagung dijangkakan akan meningkat sehingga boleh mencecah tiga kali ganda setiap kali datangnya Ramadan dan Syawal.

Para penternak meminta para pengguna jangan mengeluh dengan kenaikan harga ini memandangkan pihak kerajaan sendiri yang tidak mengambil tindakan mengawal kenaikan harga dedak untuk ternakan.

“Ini berpunca daripada kenaikan harga dedak yang tidak dikawal kerajaan sehingga memberi impak kepada kami. Harga dedak naik RM2 sekilogram secara berperingkat dan kini purata kenaikannya setakat ini menjadi RM6.”

“Ini baru sebungkus, bagaimana pula jika melibatkan 200 bungkusan atau 10 tan dedak yang dibeli dari pengilang tempatan? Pengguna jangan mengeluh jika berlaku kenaikan harga daging kerana semuanya berpunca daripada harga dedak,” kata Mohammad Rezuwan Mazlan, penternak.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid mengakui harga barangan dalam negara akan meningkat disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah pengumuman gaji minimum RM1,500.

“Kita akui kenaikan akan berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti masalah COVID-19, pengangkutan, penukaran mata wang asing, perang Ukraine-Rusia dan banjir. Malah, apabila kerajaan umum gaji minimum RM1,500 pun dikhuatiri turut menjadi faktor kenaikan harga,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: