Ekonomi

Ekonomi Malaysia Naik 8.7% Tertinggi Sepanjang 22 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Februari 2023 – Prestasi ekonomi Malaysia meningkat kepada 8.7% pada tahun 2022, pertumbuhan tahunan tertinggi dicatatkan dalam tempoh 22 tahun, berbanding 3.1% tahun sebelumnya, lapor Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan.

“Aktiviti sektor swasta kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan pada suku keempat, disokong oleh penggunaan dan pelaburan swasta.”

Sementara itu, pertumbuhan eksport keseluruhan menjadi sederhana sejajar dengan permintaan luaran yang lebih lemah. Ini sebahagiannya diimbangi oleh prestasi berdaya tahan dalam eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) dan aktiviti pelancongan yang lebih tinggi.

BACA JUGA: Kenapa Peguam Negara Belum Dakwa Superman Hue? – Buzze Azam

BACA JUGA: Warga Berketurunan Turkiye Di AS Bantu Gempa Terburuk Abad Ini

BACA JUGA: Kartel Kawal Kuota Umrah: Enam Direman, Rasuah RM10.8 Juta

Tambah BNM lagi, inflasi keseluruhan menyederhana kepada 3.9% pada suku keempat (S3 2022: 4.5%). Penyederhanaan ini disebabkan terutamanya oleh luput kesan asas ke atas inflasi elektrik, penyumbang utama kepada inflasi yang lebih tinggi pada suku ketiga 2021.

Selain itu, trend yang menyederhana dalam harga komoditi global yang utama sebahagiannya menyebabkan inflasi yang lebih rendah dalam beberapa item Indeks Harga Pengguna (IHP), termasuk bahan api.

“Inflasi untuk beberapa bahan makanan ruji utama, seperti daging segar dan telur, juga menjadi sederhana pada suku tersebut.”

Bagi 2023, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar yang lebih sederhana di tengah-tengah persekitaran luaran yang mencabar.

Permintaan dalam negeri akan terus memacu pertumbuhan, disokong oleh pemulihan berterusan dalam pasaran buruh dan realisasi projek pelaburan berbilang tahun.

Sektor perkhidmatan dan pembuatan juga akan terus menyokong pertumbuhan, jelas BNM lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: