Antarabangsa

Inflasi hampir 200%, Zimbabwe akan guna wang emas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HARARE, 07 JULAI 2022 – Berikutan kadar inflasi negara Zimbabwe yang terlalu tinggi sehingga ke paras 191 peratus pada bulan lalu, Bank Negara Zimbabwe pada Isnin lalu telah mengumumkan bahawa negara tersebut akan mula mengeluarkan wang emas dalam masa terdekat ini.

Dengan perancangan untuk menggunakan wang emas, kerajaan negara tersebut berharap bahawa ianya akan mengurangkan permintaan terhadap dollar Amerika Syarikat (AS) dan dapat sekurang-kurangnya memperlahankan penurunan nilai matawang tempatan.

Namun difahamkan bahawa rata-rata rakyat negara tersebut tidak begitu yakin dengan cadangan monetari yang dikeluarkan tersebut.

“Emas harganya mahal, ramai orang akan terus menyimpan wang mereka di rumah. Ini merupakan satu lagi langkah gagal pihak kerajaan,” ujar seorang peniaga matawang, Munesu Mandiopera menjawab kepada The Guardian ketika ditanya mengenai wang emas baharu itu.

Menurut Gabenor Bank Negara Zimbabwe, John Mangudya, wang emas tersebut akan mula diedarkan pada hujung bulan ini melalui bank-bank serta para pengurup wang tempatan.

Matawang emas yang baharu itu telah diberi nama Mosi-oa-Tunya, yang mana ianya berupa emas seberat satu auns atau kira-kira 31 gram. Ianya dapat digunakan dalam transaksi harian serta dapat ditukar dengan wang tunai tempatan mahupun antarabangsa.

Matawang asal Zimbabwe iaitu dollar Zimbabwe yang diperkenalkan pada tahun 1980 pada mulanya setara dengan nilai matawang AS. Namun 20 tahun kemudian, ianya diniagakan pada nisbah 100:1. Pada September 2009 pula, nilai bagi dollar Zimbabwe telah menjunam teruk yang mana ianya diniagakan pada kadar 300 trillion dollar Zimbabwe bagi satu dollar AS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: