Ekonomi

Ekonomi Dunia Bakal Meleset Sebelum Hujung 2023 – CEO Sedunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

EROPAH, 10 Julai 2022 – Lebih daripada 60 peratus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di seluruh dunia meramalkan kemelesetan dalam wilayah operasi utama mereka dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.

Kajian yang dikeluarkan oleh kumpulan penyelidikan, Conference Board itu mendedahkan bahawa 750 orang CEO dan pegawai atasan pentadbiran syarikat berpendapat wilayah di mana syarikat mereka beroperasi telah pun mengalami kemelesetan.

“Kemungkinan ekonomi meleset di Eropah bergantung kepada dua hujah: inflasi dan kekurangan bekalan akibat konflik di Ukraine,” kata laporan itu menurut CGTN.

Manakala kemungkinan untuk Amerika Syarikat berdepan dengan kemelesetan ekonomi semakin tinggi

“Ekonomi AS mempunyai kira-kira 40 peratus peluang kemelesetan tahun depan,” demikian laporan yang dikeluarkan oleh Bank of America Global Research.

Baru-baru ini Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) melaporkan bahawa peningkatan harga makanan dan tenaga menyebabkan 71 juta penduduk di negara termiskin dunia terjerumus ke dalam kemiskinan.

UNDP turut memberi amaran bahawa tindakan bank-bank pusat menaikkan kadar faedah bagi membendung inflasi boleh mencetuskan kemiskinan berpunca daripada kemelesetan sehingga memburukkan lagi krisis itu.

Bagi menangani isu yang semakin membimbangkan ini, UNDP berkata pemindahan tunai bersasar kepada isi rumah adalah lebih adil dan berkesan berbanding subsidi tenaga secara pukal.

Leave a Reply

Back to top button