Antarabangsa

Babi Naik Harga, China Lepaskan Simpanan Babi Masa Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 10 Julai 2022 – Perancang ekonomi terbaik China memaklumkan bahawa negara itu kini sedang mempertimbangkan keputusan untuk melepaskan daging babi daripada pusat simpanannya serta merancang pengeluaran daging babi tempatan bagi mengelakkan kenaikan harga babi yang mendadak.

Harga daging babi, iaitu daging ruji di China telah meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Dari 20 hingga 24 Jun, Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar mendapati, purata harga babi telah meningkat 5.4 peratus dari minggu ke minggu dan meningkat sebanyak 31.6 peratus jika dibandingkan dengan setahun yang lalu.

Menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, China sedang mengambil langkah dalam mengurangkan masalah kemerosotan bekalan daging babi yang disebabkan oleh sesetengah pengeluar yang enggan menjual babi sedia di pasaran.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sebuah pertemuan di antara persatuan perindustrian, syarikat penternakan babi dan rumah pemotongan babi telah diadakan bagi berbincang serta memastikan bekalan di pasaran mencukupi dan harga dapat distabilkan.

Ia juga akan membantu pihak berkuasa mengeluarkan simpanan daging babi pada masa yang tepat bagi mewujudkan sinergi kawalan selia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: