Antarabangsa

California Wajibkan Kereta Sifar Pelepasan Karbon Bermula 2035

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LOS ANGELES, 29 Ogos 2022 – Sebagai langkah untuk mengurangkan bahan pencemar yang menyebabkan pemanasan global, California mewajibkan semua kereta baharu yang dijual di negeri itu mestilah sifar pelepasan karbon bermula 2035.

Peraturan itu menuntut peningkatan peratusan kereta baharu yang dijual tidak menghasilkan bahan pencemar ‘tailpipe‘, sehingga larangan keseluruhan itu berkuat kuasa dalam masa 13 tahun.

Menurut Lembaga Sumber Udara California, garis masa yang diperuntukkan adalah cita-cita yang tinggi namun ia boleh dicapai.

“Menjelang 2037, peraturan itu akan mengurangkan 25 peratus pencemaran akibat asap daripada kenderaan ringan.”

“Ini memberi manfaat kepada semua warga California terutamanya komuniti yang paling terbeban dari segi alam sekitar dan ekonomi di sepanjang lebuh raya dan jalan raya lain yang banyak dilalui,” katanya.

Peraturan itu disambut baik ahli alam sekitar, yang berharap ia akan mendorong negeri lain di Amerika Syarikat (AS) untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik.

Dari 2026 hingga 2040, peraturan itu dijangka mengurangkan sebanyak 1,290 kematian kardiopulmonari, 460 pengurangan kemasukan ke hospital untuk penyakit kardiovaskular atau pernafasan dan mengurangkan 650 lawatan bilik kecemasan untuk asma.

California adalah penyumbang terbesar kenderaan elektrik di AS, dengan 1.13 juta berada di jalan raya negeri, iaitu 43 peratus daripada jumlah di seluruh negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: