Lagi Insiden Bakar & Campak Al-Quran, Kali Ini Di Jerman
JERMAN, 11 Julai 2023 – Insiden bakar dan campak naskhah al-Quran dipercayai berulang sekali lagi, kali ini di hadapan sebuah masjid di Jerman.
Menurut Pengarah Persatuan Masjid, Osman Adibelli, kejadian itu berlaku dari sebuah kenderaan bergerak pada malam Sabtu, 08 Julai di Masjid Mimar Sinan, bandar Maulbronn.
BACA JUGA: Tukar Tanah Wakaf Jadi TRM Bertentangan Dengan Perlembagaan – Datuk Seri Hishamuddin
BACA JUGA: Ribuan Berhimpun Bantah Pembakaran Al-Quran Di Sweden
BACA JUGA: Buat ‘Konten’ Makan Babi Baca Bismillah, Pempengaruh Media Sosial Indonesia Ditahan Polis
Jelasnya, “Selepas kejadian itu, apabila kami meneliti rakaman pengawasan masjid kami, kami melihat objek dicampak di hadapan masjid dari sebuah kenderaan di jalan utama. Sekitar jam 4.45 pagi, ahli jemaah kami yang datang untuk solat subuh menyedari al-Quran yang dibakar di pintu masuk masjid.”
Pihaknya telah memfailkan aduan jenayah namun disebabkan pantulan lampu hadapan kenderaan, mereka tidak dapat mengenal pasti nombor plat serta bilangan individu yang terlibat dalam serangan itu.
Mengulas lanjut, beliau turut meluahkan rasa dukacita dan kebimbangan besar terhadap serangan yang berlaku susulan beberapa tragedi pembakaran dan penghinaan al-Quran berlaku di negara Eropah kebelakangan ini.