Tempatan

Bekalan Ayam Terpaksa Dicatu Peniaga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KELANTAN, 06 Februari 2022 – “Bagi memenuhi permintaan pelanggan, setiap hari saya terpaksa ‘mencatu’ bekalan ayam daripada tiga pemborong di sekitar Kota Bharu,” ujar Mohd Amri Amran, seorang peniaga ayam yang berumur 35 tahun.

Mohd Amri turut meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa menjual ayam pada harga RM8.50 sekilogram sejak dua minggu lalu dan memperoleh keuntungan yang sedikit namun beliau tidak mahu mempersoalkan hal tersebut demi menjaga pelanggan.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Harga ditolak oleh pemborong adalah berbeza iaitu antara RM7.90 hingga RM8.30 untuk sekilogram ayam tetapi disebabkan bekalan ayam masih belum stabil, kebanyakan pemborong terpaksa mengehadkan bekalan dan dalam sehari, saya hanya menjual 150 ayam untuk keperluan pelanggan yang datang membeli di pasar ini,” jelas beliau semasa ditemui di Pasar Wakaf Che Yeh semalam.

Azam Yusof, 53 juga merupakan salah seorang peniaga barang basah seperti ayam berkata, bagi memenuhi permintaan pelanggan beliau mengambil sehingga 300 ayam sehari dari empat tempat pemprosesan ayam di sekitar Kota Bharu.

“Saya terpaksa berbuat demikian disebabkan sudah tiga bulan mengalami kekurangan bekalan ayam, sedangkan permintaan semakin meningkat terutamanya dalam kalangan peniaga restoran yang memerlukannya hampir setiap hari,” katanya.

Azam sempat berkongsi di mana beliau turut berasa tertekan kerana perlu berhadapan dengan kekurangan bekalan ayam dan pada masa sama, tidak boleh menjangkakan harga naik turun ayam kerana ia bergantung kepada bekalan dan harga yang diperoleh daripada pemborong atau pembekal.

“Harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 kepada RM8.90 manakala harga telur ayam untuk semua gred pula kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.”

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaporkan pelaksanaan bagi kedua-dua harga itu akan bermula sejak semalam sehingga 5 Jun 2022.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: