NGO

Bekalan Ayam: Henti Cetus Keresahan Pengguna – PPIM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KENYATAAN MEDIA

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan kepada pihak tidak bertanggungjawab agar tidak mencetuskan panik di kalangan pengguna.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim [email protected] berkata, pengguna di Malaysia sering menjadi alat oleh mereka untuk menaikkan harga atau mendapatkan keuntungan lebih dalam jual beli.

Dalam isu ketiadaan ayam di pasar terbuka, Nadzim berkata peniaga runcit boleh dan harus membuat laporan kepada pihak berkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) atau membawa perkara itu ke mahkamah jika dirasakan perlu.

Nadzim menjelaskan pengusaha ladang ayam mempunyai kontrak untuk membekalkan ayam kepada pembekal atau pemborong.

“Apa guna mereka bela ayam jika tiada pembeli, mereka akan berusaha mendapatkan kontrak untuk membekalkan ayam kepada pembekal atau pemborong secara pukal sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan atau setahun,” katanya.

Tindakan beberapa pihak yang mendakwa ada ladang ternakan ayam yang tidak ada bekalan ayam adalah tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal.

Mereka juga mengada-adakan alasan bodoh seperti ayam tidak cukup berat atau sebagainya.

“Pengguna harus bijak dalam menilai situasi semasa dan kembali mengawal keadaan pasaran negara,” jelasnya.

PPIM menegaskan kerajaan tidak harus tunduk kepada tuntutan pihak yang tamak dan sering memperbodohkan pengguna untuk kepentingan diri.

“Jangan bebankan pengguna dengan masalah yang tidak masuk akal,” katanya.

Nadzim turut menasihat pengguna untuk menolak produk dari pengeluar yang tidak bertanggungjawab dan bertanya kepada peruncit alau pemborong siapakah pembekal ayam mereka.

“Kalau dah ladang tu tak boleh membekalkan ayam, maka kita sebagai pengguna boleh pilih untuk membeli produk dari pihak lain yang lebih bertanggunjawab dan tidak memperbodohkan pengguna, ” katanya.

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button