Tempatan

Cuaca Panas Kering Dan Kemungkinan Jerebu, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Johor Diaktifkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 21 April 2023 – Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Negeri Johor diaktifkan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan jerebu ekoran cuaca panas dan kering pada masa ini.

Jawatankuasa tersebut telah mengadakan mesyuarat bagi mengetahui situasi cuaca semasa dengan dipengerusikan oleh YB Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy.

BACA JUGA: Jerebu: Bilangan Untuk Dapatkan Rawatan Masalah Pernafasan Meningkat

BACA JUGA: Mantan Menteri Kesihatan Cadang Malaysia Eksport Ketum

BACA JUGA: Kemarau Sukarkan Pembekalan Air Bersih Di Kelantan Menjelang Raya

Dalam mesyuarat itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff telah membentangkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan berdasarkan situasi yang telah dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Negeri Johor merupakan jawatankuasa tetap yang ditubuhkan untuk menangani isu pencemaran di negeri itu, iaitu pencemaran air, udara dan pengurusan buangan.

Jawatankuasa itu akan menangani sebarang insiden pencemaran menerusi tindakan pemantauan dan penguatkuasaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: