Tempatan

Pasangan Mualaf Dahulu Lawan Di Mahkamah Kini Harungi Kesukaran Bersama

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Februari 2022 – Pasangan suami isteri mualaf yang dahulunya merupakan lawan di mahkamah susulan kes pertikaian agama anak kini mengharungi liku jerih kehidupan bersama setelah si isteri mengikut jejak suaminya untuk memeluk agama Islam.

Menurut Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar yang merupakan seorang peguam, pasangan terbabit pada mulanya bertelingkah tentang pengislaman anak mereka, di mana ketika itu beliau mewakili pihak suami menentang isteri yang belum memeluk Islam di mahkamah dalam memperjuangkan pengislaman anak terbabit.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Menurut peguam terbabit dalam hantaran di laman Facebook beliau, pasangan terbabit saling menghubungi satu sama lain setelah kes mahkamah mereka selesai sebelum si isteri memilih untuk memeluk agama Islam.

Setelah kedua-dua pasangan terbabit memeluk agama Islam, mereka mula diabaikan keluarga dan terpaksa hidup kais pagi makan pagi. Hal ini mendorong peguam terbabit untuk membantu supaya pasangan terbabit diberikan pekerjaan dan penempatan sementara di sebuah universiti awam.

Namun, menurut Dato’ Zainul Rijal, kontrak pekerjaan mereka telah pun mencapai penghujungnya dan pasangan tersebut kini memerlukan bantuan daripada pihak-pihak yang prihatin.

Peguam tersebut juga membuka ruang untuk sesiapa yang berminat membantu untuk menghubungi beliau melalui laman Facebook beliau.

“Mereka kini merayu bantuan untuk sara hidup kerana isteri tidak berkerja dan sakit. Suami pun sudah tamat kontrak,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Leave a Reply

Back to top button