Tempatan

Serah Memorandum Jumaat Ini Dan Buat Laporan Polis – Mohd Sophian Mohd Zain

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Serah Memorandum Jumaat Ini Dan Buat Laporan Polis – Mohd Sophian Mohd Zain

PULAU PINANG, 03 Mac 2022 – Sekumpulan NGO Islam Pulau Pinang menyatakan akan menyerahkan memorandum dan membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berikutan kes tiga orang kanak-kanak mualaf.,

“Hari Jumaat ini kita akan serahkan satu memorandum di Komtar.” Kita akan berarak daripada Masjid Simpang Enam ke bawah Komtar dan kita akan serahkan memorandum, kata Mohd Sophian Mohd Zain, salah seorang dari ahli perwakilan itu.

Ujarnya lagi, selain memorandum, laporan polis juga akan dibuat terhadap Dr P. Ramasamy dalam isu tiga orang kanak-kanak mualaf.

“Kita cadangkan pada sebelah pagi, kita buat satu laporan polis di IPD Timur Laut,” kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang itu lagi.

Seorang lagi ahli perwakilan dari PERKASA pula menyeru semua masjid Negeri dan kariah masjid untuk turut bersama-sama membuat laporan polis terhadap Dr P. Ramasamy

“Yang paling penting yang saya nak bangkitkan hari ini ialah institusi masjid kita. Ini yang paling penting. Kita minta semua masjid, kariah-kariah buat report. Ini soal akidah,” katanya dengan tegas.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy disiasat pihak polis susulan kenyataannya di laman Facebook yang mengaitkan pihak berkuasa agama Islam Perlis dengan istilah-istilah yang disifatkan provokatif.

Menurut laman berita Harian Metro antara istilah-istilah provokatif tersebut adalah “pengislaman unilateral”, “penculikan”, “manipulasi”, “paksaan” dan “ancaman”.

Selain menggunakan istilah-istilah provokatif, pemimpin DAP itu juga mendakwa Enakmen Islam Perlis yang membenarkan sama ada ibu atau bapa mengislamkan anak bawah umur adalah bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Tanpa persetujuan daripada Loh Siew Hong, penukaran agama anak-anaknya terbatal dan tidak sah, dakwanya.

Leave a Reply

Back to top button