Tempatan

Profesor Amerika Sanggup Pindah Pulau Pinang Untuk Peluk Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 27 Mei 2022 – “Pertama kali melafazkan kalimah syahadah pada Isnin lalu saya berasa gementar walaupun pada malam sebelumnya saya sudah hafal cara sebutan dalam bahasa Arab berserta maksudnya.”

“Tetapi selepas selesai saya berasa tenang. Saya akui terlalu banyak maklumat yang perlu saya ambil masa untuk faham dan perkara pertama yang saya buat selepas menjadi Muslim ialah belajar solat dan cara-cara mengambil wuduk,” demikian kata saudara baharu Islam, Profesor John Nash Houchen.

Demi cintanya kepada Islam, bekas profesor dalam bidang ekonomi di Universiti Winconsin itu sanggup pindah ke Pulau Pinang dari Kentucky, Amerika Syarikat baru-baru ini.

BACA: Lina Joy Rela Murtad, Anak Mualaf Cuba Dimurtadkan Secara Paksa – Azdy Mohd Arshad

BACA: Isu Anak Mualaf: Arun Dorasamy Disiasat Polis

BACA: Puasa Itu Sesuatu Yang Menyeronokkan – YouTuber Bukan Islam

Isnin lalu, terlafazlah dua kalimah syahadah oleh Profesor John Nash Houchen di sebuah pejabat pesuruhjaya sumpah di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Lafaz syahadah beliau dibimbing oleh Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful (MyIKUT), Zolkifly Md Lazim, lapor HarianMetroTV.

Tambah HarianMetroTV, antara faktor yang mempengaruhi bekas profesor itu untuk memeluk Islam adalah disebabkan oleh seorang rakan Irannya yang turut bertugas di universiti sama.

“Dia lebih berusia daripada saya dan meskipun berdepan kehidupan mencabar di AS, dialah paling baik, penyabar dan sangat menghormati tetamu berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah tinggal bersamanya.”

“Saya menemukan nilai-nilai yang sama ditunjukkan pelajar Islam lain termasuk dari Malaysia yang mengikuti kelas saya suatu ketika dulu. Kehidupan mereka nampak teratur dan cara bercakap sangat sopan,” katanya.

Profesor John mengatakan bahawa persahabatan yang terjalin itu masih kekal sehingga ke hari ini.

Selain itu, satu lagi faktor yang membuatkan beliau memilih Islam ialah kerana keikhlasan penganutnya termasuk apabila berhadapan dengan orang bukan Islam.

“Sejak mengenali ramai penuntut beragama di Amerika Syarikat termasuk dari Malaysia, saya dapati mereka ini ikhlas dalam kehidupan termasuk ketika membantu penganut agama lain dan sebagainya,” ujarnya.

Punca mengapa beliau memilih Pulau Pinang sebagai tempat untuk melafazkan kalimah syahadah adalah kerana beliau mempunyai kenalan rapat di negeri itu yang banyak membantu urusannya memeluk Islam.

Kini beliau sedang mengikuti pengajian agama di Kompleks Darul Hidayah di Permatang Tok Gelam dan turut bercadang untuk terus menetap di pulau mutiara itu.

Bercerita lanjut mengenai perjalanan syahadahnya, beliau menyatakan, “Lebih istimewa, ketika dalam perjalanan ke Malaysia saya berkesempatan mendengar bacaan Al-Qur’an dalam pesawat.”

“Terasa indahnya walaupun saya tidak pernah membaca ayat suci itu sebelum ini dan ia menguatkan keyakinan saya untuk memilih Islam sebagai jalan hidup.”

“Terima kasih kepada semua yang membantu. Saya merasakan ada kekuatan muncul dalam diri untuk terus optimis menjalani kehidupan mendatang,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: