Saintis Biak Babi Untuk Jadi Penderma Jantung Manusia
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
MUNICH, 07 Februari 2022 – Kumpulan saintis Jerman merancang untuk mewujudkan spesis baharu babi yang diubah suai daripada baka dari Pulau Auckland dan kemudian membiakkan babi yang diubah suai tersebut untuk berfungsi sebagai penderma jantung manusia.
Menurut saintis daripada Ludwig-Maximilians University (LMU), Eckhard Wolf, kaedah yang digunakan akan menyediakan haiwan asas dan generasi seterusnya akan ditambah baik sehingga mencapai spesifikasi yang disasarkan, sebelum dibiakkan secara besar-besaran.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
Eckhard Wolf dan pasukannya menyasarkan generasi pertama spesis baharu babi itu harus dilahirkan tahun ini dan pemindahan hati mereka akan diuji ke atas babun sebelum mendapatkan kelulusan percubaan klinikal ke atas manusia dalam anggaran masa dua atau tiga tahun.
“Pemindahan akan dilakukan untuk individu yang didiagnosis dengan kegagalan organ dan tidak mempunyai pilihan rawatan lain.”
Eckhard Wolf merancang menjadikan babi sebagai penderma jantung manusia dengan menggunakan konsep yang lebih mudah, iaitu dengan lima pengubahsuaian genetik.
Beliau merupakan saintis yang mengkaji berkaitan dengan pemindahan organ haiwan kepada manusia selama 20 tahun yang dikenali sebagai xenotransplan.
Walau bagaimanapun, Eckhard Wolf mengakui bahawa pihaknya masih menggunakan teknologi pengklonan yang tidak cekap.
Januari lalu, seorang lelaki Amerika Syarikat, David Bennett yang sedang tenat kerana menghidap penyakit jantung telah berjaya menjalani pembedahan pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik.
Pembedahan pertama seumpama itu di dunia, dilakukan oleh pasukan perubatan University of Maryland Medicine, menunjukkan kebolehlaksanaan pemindahan jantung babi kepada manusia.
“Ini satu kejayaan cemerlang dalam bidang pembedahan dan membawa kita selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan krisis kekurangan organ,” ujar Dr Bartley Griffith yang bertanggungjawab memindahkan jantung babi ke dalam tubuh David Bennett melalui pembedahan.