Tempatan

Hakim Berbogel: Menteri Agama Perlu Selesaikan – Datuk Zainul Rijal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2022 – Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, peguam dan presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa Idris Ahmad untuk menyelesaikan permasalahan yang tercetus susulan dakwaan seorang hakim syarie berbogel dan melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita.

Beliau menegaskan bahawa hal tersebut perlu diselesaikan segera supaya kepercayaan masyarakat terhadap Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) tidak luntur.

“Menteri Agama perlu menyelesaikan polemik ini segera supaya jabatan ini tidak mengalami defisit kepercayaan daripada orang awam…” ujar beliau dalam kenyataannya seperti yang dilaporkan portal Berita Harian.

“PPMM memandang serius permasalahan berkenaan dan demi mengembalikan nama baik institusi ini, adalah wajar ia diselesaikan secara baik mengikut ajaran Islam,” tambah beliau lagi.

Portal Malaysiakini pada Selasa baru-baru ini melaporkan bahawa pihak Menteri Agama tidak akan mencampuri isu berkenaan dan menyerahkan urusan penyiasatan kepada pihak polis.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan,” ujar Idris Ahmad dalam kenyataannya.

Ketua Pengarah JKSM, Mohd Na’im Mokhtar yang telah terpalit tuduhan terbabit telah menafikan tuduhan gangguan seksual tersebut melalui sebuah laporan polis.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wanita itu dan saya telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasatnya…,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: