Tempatan

Penukaran Agama Anak: Ramasamy Suruh Menteri Agama Hormati Keputusan Mahkamah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2022 – Timbalan Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy telah mengeluarkan kenyataan supaya Senator Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes penukaran agama anak.

“Dengan memanggil keputusan penting Mahkamah Persekutuan sebagai sekadar sebuah ‘interpretasi’, Idris telah merendahkan undang-undang tertinggi negara – Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya, seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today.

“Ia sesuatu yang di luar imaginasi untuk seorang Menteri Persekutuan mampu pergi begitu rendah dengan menghina dan mempersoalkan keputusan Perlembagaan berkaitan isu penukaran agama anak bawah umur,” tambahnya lagi.

Isu ini tercetus susulan jawaban Menteri Agama tersebut terhadap soalan yang diajukan R. Sivarasa berkenaan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan bagi menyelaraskan undang-undang Syariah Negeri dalam isu penukaran agama anak sepihak (oleh ibu sahaja atau bapa sahaja).

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa penukaran agama anak memerlukan persetujuan kedua ibu dan bapa, sekaligus penukaran agama anaknya kepada Islam boleh menjadi tidak sah dari segi undang-undang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: