Tempatan

Demimu Palestin: PPMM Kemuka 5 Cadangan – Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2021 – Persatuan Peguam-Peguam Muslim (PPMM) semalam telah mengadakan satu perbincangan mengenai isu perundangan di Palestin.

“Pelbagai isu, naratif dan ramifikasi setiap tindakan diperhalusi satu persatu,” kata Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Hasil perbincangan menyimpulkan lima keputusan iaitu:

1. Pembentukan tiga kluster yang akan mengkaji isu perundangan berkaitan tindakan-tindakan yang boleh diambil di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan sanction Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (termasuk semua resolusi yang telah diluluskan PBB). Kajian tidak dihadkan hanya di ICC sahaja tetapi juga ICJ dan beberapa badan antarabangsa yang lain.

2. Memanfaatkan sidang Universal Periodic Review PBB di Geneva termasuk membuat ‘side event’ di Palais des Nations Geneva.

3. Kluster-kluster akan mengkaji semua tindakan yang boleh dilakukan terhadap rejim Zionis.

4. Mengenal pasti negara-negara yang boleh menjayakan misi ini termasuk kesatuan negara seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kesatuan Eropah dan lain-lain, memberi pendedah, tekanan dan saranan kepada mereka.

5. Bekerjasama dengan badan-badan lain yang telah pun memulakan sebarang inisiatif yang mempunyai matlamat yang sama agar semua tindakan adalah tersusun, tidak berulang ataupun bertentangan antara satu sama lain.

Mengakhiri kenyataan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menyatakan, mereka yang ingin membantu dalam apa juga kapasiti, tenaga, material, bahan rujukan dan lain-lain boleh menghubungi beliau agar peranan masing masing dapat diaturkan secara strategik.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button