Pendapat

Hukum Rentas Negeri: Jangan Samakan Jawatan Mufti Dengan Jawatan Lain – Datuk Zainul Rijal

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Umat Islam dan bukan Islam mesti menghormati alim ulama Islam apatah lagi yang bergelar mufti. Mufti membuat sesuatu pandangan dalam perkara-perkara yang bersifat ijtihadi iaitu yang mana tiada pandangan sebelum ini, ataupun terdapat pandangan yang berbeza. Oleh itu tidak seharusnya mufti diherdik kerana perbezaan pandangan tersebut. Jangan samakan jawatan mufti dengan jawatan lain seperti jawatan politik. Bacalah pandangan tersebut dengan teliti dan selagi mana ia didasari dengan nas-nas, janganlah kita menyanggahnya.

Netizen perlu berhati hati dan tidak terikut ikut dengan rentak orang politik yang sentiasa berantakan. Jika suatu pandangan itu dihasilkan dengan ilmu, ia seharusnya dihormati.

Mungkin terdapat juga agenda merendah rendahkan agamawan termasuk mufti kerana mahu mempromosi golongan modernis dan liberal.

Mufti Wilayah ditanya tentang apa hukumnya orang yang merentas sempadan sedangkan kerajaaan telah melarangnya. Jawapan beliau jelas ia haram kerana melanggar perintah ulul amri, di samping mungkin akan membawa kemudaratan. Sohibul samahah tidak ditanya tentang judi yang diluluskan kerajaan, vvip yang melanggar SOP, kompaun ataupun masjid yang dikatakan ditutup. Jadi beliau tidaklah menjawab hal tersebut.

Oleh itu janganlah bangkitkan isu-isu lain yang tidak ditanyakan kepada beliau. Hormatilah beliau sebagai seorang mufti. Itu pandangan beliau, bukan fatwa pun. Takkanlah kita nak mufti jawab semua perkara walaupun tidak ditanyakan. Nanti orang kata apa pulak mufti ni tanya satu soalan jawab seratus.

Saya pun selalu terkena macam ini, bila ditanya satu perkara diungkit tidak menjawab perkara yang tidak disoalkan. Kalau kita jawab soalan yang tak ditanya dalam peperiksaan mesti kita gagal peperiksaan tersebut.

Ada masa nanti tanyalah mufti tersebut soalan-soalan lain tu. Kalau beliau mengelak atau memberi jawapan yang berputar-putar barulah kita boleh kritik jawapan tersebut. Itupun mestilah disulami dengan adab.

Saya nasihatkan netizen jangan hanya membaca tajuk berita sahaja. Netizen perlulah dan mesti merujuk kepada sumber asal sebelum membuat sebarang komentar

Rencana ini ditulis oleh Datuk Zainul Rijal bin Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia.

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button