Antarabangsa

3,000 Rakyat Palestin Ditahan Sejak Awal 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 06 Jun 2023 – Sejumlah 3,000 rakyat Palestin ditahan oleh pasukan pendudukan haram Israel sejak awal 2023, lapor portal dari Timur Tengah.

Menurut Kelab Tahanan Palestin (PPC), seratus rakyat Palestin telah ditahan di kem pelarian Aqabat Jaber, Jericho di mana pasukan pendudukan haram Israel melakukan kempen penahanan maut.

“Kempen penahanan di Aqabat Jaber disertai dengan hukuman mati di lapangan dan penderaan sistematik terhadap tahanan dan keluarga mereka,” kata PPC.

BACA JUGA: Doktor Mahu Caj RM1 Klinik Kesihatan Dinaikkan

BACA JUGA: HSP 3.0: Majikan Diseru Galakkan Pekerja Buat Saringan Kesihatan Percuma Di Hospital Kerajaan

BACA JUGA: Gelombang Haba, Lebih 5 Juta Carian Penyaman Udara Secara Atas Talian

PPC turut memaklumkan bahawa pendudukan haram aparteid Israel telah menggunakan kesemua jenis senjata sebagai tambahan kepada hukuman kolektif di mana ia termasuklah sekatan serta pemusnahan rumah.

Kata PPC lagi, antara yang ditahan ialah 18 kanak-kanak termasuk tiga yang kemudiannya ditahan di bawah tahanan pentadbiran iaitu Mawed Omar Al-Hajj, Ali Bassam Ibrahim dan Jamal Khalil Barahmeh.

Pada 25 Mei lalu, tentera rejim haram aparteid Israel telah melakukan kempen penahanan berskala besar di Jericho dengan menyerbu 40 buah rumah dan menahan 19 rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: