Tempatan

Kerajaan Mesti Junjung Titah YDPA, Selesaikan Salahguna Kalimah Allah Segera – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Jun 2023 – Kerajaan digesa untuk menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk segera menyelesaikan isu salahguna kalimah Allah dalam kadar segera, menurut Peguam Senior, Mohamed Haniff Khatri Abdullah.

Ulasan beliau itu adalah merujuk kepada titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kelmarin sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda iaitu,

“Kerajaan beta hendaklah mengharmonikan situasi semasa dan pada masa yang sama meletakkan penggunaan kalimah Allah pada konteks yang betul dengan mengambil kira keselamatan negara kemaslahatan ummah dan kedudukan Beta serta Raja-Raja Melayu yang lain sebagai ketua agama Islam.”

BACA JUGA: 3,000 Rakyat Palestin Ditahan Sejak Awal 2023

BACA JUGA: Wabak Tapak Sulaiman “Crown of Thorns” Dikesan Di Lahad Datu 

BACA JUGA: Agama Itu Untuk Mengatur Diri Sendiri Bukan Mengatur Orang Lain – Siti Kasim 

Mengulas isu berkenaan, dengan berpandukan kepada titah Seri Paduka Baginda yang tegas dan jelas itu, menjadi amat penting untuk pihak Kerajaan kini melaksanakan satu arahan polisi Kerajaan yang terbaru dengan memetik semula arahan Kerajaan bertarikh 05 Disember 1986 yang telah pun berkuatkuasa untuk tempoh 35 tahun sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkannya pada 10 Mac 2021 dan ditambah pula dengan penarikan balik rayuan pada 18 April 2023.

Kata beliau, perkara tersebut amatlah penting kerana titah Seri Paduka Baginda itu memerlukan pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan tegas seperti yang telah berulang kali dinasihati sebelum ini.

Jelasnya, perkara berkenaan boleh dilakukan dengan tegas dan segera tanpa perlu ditangguhkan lagi iaitu arahan seperti yang wujud pada 05 Disember 1986 di mana ia dibuat dengan tepat dan betul mengikut peruntukan Seksyen 9 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yakni Akta 301, mematuhi kehendak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: