Antarabangsa

Justin Bieber Buat Hantaran Doakan Israel, Guna Gambar Gaza Dibom

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 15 Oktober 2023 – Justin Bieber dikatakan telah bertindak memuat naik sokongan terhadap rejim Zionis namun menggunakan gambar kemusnahan di Palestin dan ianya telah dikecam hebat di media sosial terutamanya di aplikasi X.

Merujuk kepada tangkapan layar yang dikongsikan semula netizen di media sosial, Bieber telah menggunakan gambar kemusnahan di Palestin dengan petikan mendoakan agar Israel dalam keadaan selamat.

Seruan penyanyi Justin Bieber kepada 293 juta pengikut Instagramnya untuk “berdoa untuk Israel” pada hari Rabu disertai dengan imej kerosakan yang dilakukan oleh Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza.

Penyanyi antarabangsa kelahiran Kanada itu dikatakan telah memadam ciapan tersebut setelah mendapat kecaman dan kritikan hebat dari pengguna media sosial.

Beberapa pengguna media sosial tersebut, menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab kerana berdoa untuk keselamatan Israel tetapi menggunakan imej pengeboman Gaza yang menggambarkan kekejaman rejim tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: