Antarabangsa

Wartawan Palestin Dibunuh Tentera Rejim Zionis Diberi Anugerah Kewartawanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 20 Julai 2023 – Seorang wartawan veteran warga Palestin yang telah dibunuh secara kejam oleh tentera Israel, Shireen Abu Akleh baru-baru ini telah dianugerahkan dengan satu anugerah bagi mengenang keberaniannya sebagai seorang wartawan.

Pada Isnin lalu, sebuah yayasan yang berpusat di Amerika Syarikat iaitu International Women’s Media Foundation (IWMF) telah menyenaraikan Abu Akleh sebagai salah seorang penerima anugerah Courage in Journalism Awards bagi tahun 2023.

BACA JUGA: KKM Lakukan Siasatan Dakwaan Tangan Bayi Bengkak, Bernanah Selepas Terima Rawatan

BACA JUGA: Kolam Takungan Inisiatif Selangor Atasi Banjir Kilat

BACA JUGA: Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan

Organisasi tersebut telah membuat kenyataan mengumumkan para penerima anugerah tersebut menerusi akaun Twitter mereka dengan menyatakan,

“Lihatlah para wartawan wanita yang paling berani di dunia”.

Ciapan tersebut telah dimuat naik pada Isnin lalu, beserta dengan gambar bagi penerima anugerah tersebut untuk tahun ini.

IWMF telah menyatakan bahawa pihak mereka sangat berbangga kerana berpeluang menganugerahkan anugerah tersebut kepada Abu Akleh. Ujar IWMF menerusi ciapan mereka,

“(IWMF) bangga dalam memberi pengiktirafan terhadap pelaporannya yang berani menerusi anugerah #IWMFCourage”.

Resepsi majlis penganugerahan tersebut dijadualkan akan berlangsung di Washington pada 23 Oktober tahun ini, yang mana majlis sebenar akan dilangsungkan di Los Angeles pada 25 Oktober beserta dengan satu lagi majlis yang sama yang akan diadakan di New York pada 30 Oktober tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: