Antarabangsa

Israel Rampas Harta Rakyat Palestin Ketika Sibuk Uruskan Kematian Wartawan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 17 Mei 2022 – Times of Gaza mendedahkan bahawa pendatang haram Israel telah bertindak merampas kawasan perumahan rakyat Palestin ketika rakyat Palestin sibuk menumpukan perhatian kepada kes kematian wartawan al-Jazeera baru-baru ini.

Melalui video pendedahan berdurasi 40 saat yang dikongsikan, kelihatan segerombolan pendatang haram Israel bergegas membawa kelengkapan perumahan untuk menduduki secara haram tanah milik rakyat rakyat Palestin.

“Ketika seluruh negara Palestin tertumpu kepada pengebumian Shireen, pendatang haram bergegas untuk menduduki dan merampas bangunan di Hebron,” lapor Times of Gaza.

Baru-baru ini pengganas Israel telah menembak mati Shireen Abu Akleh, seorang wartawan al-Jazeera yang sedang melaporkan serangan ganas tentera Israel ke atas rakyat Palestin.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa Israel juga telah menyebarkan berita palsu mendakwa rakyat Palestin yang telah membunuh Shireen. Namun, tindakan hina pihak berkuasa Israel tersebut berjaya dihidu media yang berjaya menyingkap kekejaman kerajaan pendatang haram tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: