Antarabangsa

Pembunuhan Kejam Shireen Abu Akleh: Tiada Tembakan Dari Arah Mendiang – Senator AS

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 09 September 2022- Isi penting mengenai ‘pertahanan’ dalam laporan IDF [Pasukan Pertahanan Israel] ini ialah seorang askar ‘membalas tembakan daripada militan’ apabila Shireen Abu Akleh diserang,” kata Senator AS, Chris Van Hollen dalam Twitternya.

“Tetapi penyiasatan…mendapati tiada tembakan seperti itu pada masa itu. Ini menekankan keperluan untuk siasatan bebas AS terhadap kematian wartawan Amerika ini,” tegasnya.

Baru-baru ini rejim haram aparteid Israel mengeluarkan kenyataan bahawa pembunuhan kejam wartawan al-Jazeera, Shireen Abu Akleh, berkebarangkalian dilakukan oleh tentera kumpulan pendatang haram Israel, tetapi secara “tidak sengaja”.

Menurut laporan, rejim haram aparteid Israel menganggap pembunuhan Shireen sebagai sesuatu yang tidak disengajakan kerana mereka mendakwa terdapat tembakan dari arah kawasan Shireen berada ketika itu.

Berikutan itu, Senator Parti Demokratik itu mengulangi gesaannya agar siasatan bebas AS dijalankan terhadap pembunuhan Shireeen yang berlaku pada Mei lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: