Antarabangsa

Perarakan Israel Semarakkan Api Kebencian Terhadap Rakyat Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 20 Mei 2022 – Perarakan ‘Flag March’ oleh nasionalis Israel akan berlangsung pada 29 Mei ini di sepanjang ‘laluan biasa’ melalui Pintu Damsyik, tengah-tengah jalan utama Palestin di Kota Lama Baitulmuqaddis untuk menyalakan semula keganasan di kota suci itu setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Israel pada Rabu lepas.

Keputusan itu dibuat oleh Pejabat Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Omer Barlev selepas berunding dengan polis.

Perarakan March of the Flags diadakan bagi meraikan ulang tahun penawanan Israel ke atas timur Baitulmuqaddis dalam perang Timur Tengah 1967, walaupun penawanan itu tidak diiktiraf sebahagian besar masyarakat antarabangsa sehingga kini.

Saban tahun, perarakan berkenaan disertai oleh ribuan nasionalis Israel sambil mengibarkan bendera Israel, menyanyikan lagu dan dalam beberapa kes, melaungkan slogan anti-Arab, ketika mereka berarak melepasi rakyat Palestin.

Perarakan yang berunsurkan provokasi itu dipercayai akan mencetuskan pergolakan baru kerana Kota Lama yang terletak di timur Baitulmuqaddis, yang sememangnya sudah beberapa minggu berada dalam keadaan konfrontasi ganas antara polis Israel dan penunjuk perasaan Palestin.

Ketegangan ke atas polis Israel lebih memburuk apabila pihak polis telah menolak dan memukul orang yang berkabung atas kematian wartawan Al-Jazeera yang terbunuh, Shireen Abu Akleh, pada Jumaat lalu, menyebabkan pengusung kehilangan kawalan ke atas keranda dan hampir menjatuhkannya.

Shireen yang merupakan warga Palestin-Amerika dan berusia 51 tahun ditembak mati pada Rabu ketika membuat liputan operasi ketenteraan Israel di kem pelarian Jenin, Tebing Barat. Namun, Perdana Menteri Israel Naftali Bennett menafikan kenyataan itu malah menuduh Shireen mungkin terbunuh akibat tembakan sesat penduduk Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: